Tiong
Lai telah mendapat kemenangan awal jika beliau menandingi CSL dalam
perhimpunan agung parti itu Disember ini. Pendeknya CSL lah yang
memberikan markah awalan yang tinggi kepada Tiong Lai untuk menandingi
beliau nanti. Senjata CSL untuk menjatuhkan Tiong Lai buat
selama-lamanya itu telah memakan tuan. Sekarang CSL lah yang sepatutnya
mengundurkan diri seperti yang beliau janjikan sebelum PRU dahulu. Lagi
pun keputusan yang beliau akan dapati jika beliau masih bertahan telah
pun kita lihat semalam.
CSL akan
tamat riwayat politiknya hujung tahun ini. Jika CSL tidak lagi berada
di dalam kepimpinan parti itu, MCA akan pasti menampakkan hasil yang
positif selepas CSL berada di luar kepimpinan parti itu nanti. Penolakan
usul yang di rencanakan oleh CSL in menandakan Presiden parti itu
sekarang sedang menunggu aktu persaraannya. Persepsi buruk terhadap MCA
akan berkurangan kerana yang membebankan parti itu sejak beberapa tahun
dahulu ialah kerana Presidennya sendiri.
Tetapi
kemenangan moral Tiong Lai ini juga tidak boleh di lihat sebagai
kemenangan mutlak kerana kelebihan yang ada kepada Tiong Lai hanya dalam
lengkungan 5 peratus sahaja. Beliau wajar mendapatkan bantuan dari
pihak yang ketiga dalam MCA, dan pihak itu adalah pihak Ong Tee Kiat
yang masih mempunyai pengaruh dalam parti itu.
Beberapa
hari yang lepas saya terbaca kenyataan yang Ong Tee Kiat sanggup
bertanding jawatan tertinggi parti itu dan tidak juga menolak
kemungkinan bertanding jawatan yang di bawah sedikit dari jawatan
Presiden itu. Kalau di buat perkiraan mudah jika OTK dan Tiong Lai
bersatu maka usaha untuk menundukan CSL yang begitu ‘controversial’ di
mata rakyat itu akan menjumpai jalan mudah. MCA yang dalam kegeringan
ini akan bertambah pulih dan mampu kembali menjadi parti yang penting
kepada rakyat khasnya bagi kaum Cina.
Selama
ini MCA hanya mempunyai masalah imej kepimpinan dan jika itu dapat di
selesaikan maka tidak banyak isu lain yang dihadapi oleh parti itu.
Sebagai sebuah parti yang telah begitu banyak jasanya kepada negara
khususnya kaum Cina selama ini, usaha untuk menggamit kembali sokongan
itu akan bertambah mudah.
Kaum
Cina khususnya telah banyak mendapat jasa dari MCA ini terutamanya dalam
bidang ekonomi dan lebih-lebih lagi dalam penyediaan kemudahan
pendidikan kepada rakyat dan kaum Cina khususnya. Prestasi MCA mula
menurun dalam pilihanraya ke 12 lagi kerana parti itu dianggap sebagai
parti yang terlalu ‘subservient’ kepada UMNO, rakan kongsi terbesarnya
dalam BN. MCA telah menjadi mangsa keadaan kerana masalah kelemahan
dalam kepimpinan UMNO itu sendiri.
Oleh itu
jika ada perubahan kepada tahap kepimpinan UMNO dan MCA pula dapat
menyelesaikan masalah CSL ini, maka parti itu akan menemui jalan yang
agak mudah untuk pulih di mata rakyat.
Kali ini
MCA wajar menunjukkan ‘vibrancy’ nya sebagai parti yang masih mempunyai
kuku dalam kerajaan kerana untuk menumpang kekuatan UMNO sudah agak
payah kerana UMNO masih lagi dalam pencarian. Bagi setengah pihak MCA
akan menjumpai jalan penyelesaian tentng kepimpinan lebih awal dari UMNO
kerana UMNO masih lagi tercari-cari jalan untuk keluar dari masalah
kepimpinannya sekarang ini.
Pemilihan
baru-baru ini tidak menyelesaikan masalah kerana hasilnya tidak
menampakkan perubahan. Kepimpinannya masih lagi mereka yang sama yang
bermentaliti yang sama dan kesemuanya sama. Tidak mungkin niat parti itu
untuk meremajakannya dapat terlaksana kerana meremajakan parti
memerlukan mereka yang mampu berubah pemikiran mereka kepada kehendak
waktu dan zamannya dan tidak semestinya di ketuai oleh yang berumur
remaja.
Ramai
yang percaya jika kita mahukan segala-galanya berpecah berikan tugas itu
kepada UMNO, jika hendak menjadikan keadaan lebih parah lagi, berikan
tugas untuk membinanya semula kepada UMNO.
Justeru
itu, jika MCA dapat menyelesaikan masalahnya, maka sebahagian besar dari
masalah kepimpinan dalam BN itu akan dapat di selesaikan. Kita hanya
menunggu lagi bila UMNO pula boleh menyelesaikan masalahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.