Dear sir/madam, if you would like advertising your business at my blog sites http://bilarentapbangkit.blogspot.com Please contact me @ email: bongdom19@gmail.com

4 Mei 2013

Gempar!!! Anwar Buat Persediaan Lari Ke Israel?

Posted by bong dom On Sabtu, Mei 04, 2013 | 11 comments
Setelah mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan tewas dan mungkin didakwa dalam insiden Lahad Datu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikatakan sedang melakukan persediaan untuk melarikan ke luar negara.
Beberapa dokumen yang diperoleh dari pihak yang rapat dengan beliau memperlihatkan Anwar memilih Israel sebagai lokasi untuk menyelamatkan diri.
Hakikat perkaitan Anwar dengan Israel dapat dikesan kepada dokumen terperinci jadual perjalanan beliau pada 1 hingga 10 Februari 2012.
Selain itu, dokumen berkaitan visa dan borang laluan keselamatan khas Israel turut diperoleh melalui sumber kepercayaan beliau.
Anwar telah berlepas ke Istanbul pada 1 Februari dan tiba di sana pada 2 Februari bagi menyampaikan syarahan bertajuk isu ‘Arab Spring, Islam and Democracy’ di Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Pada 3 Februari, beliau memulakan aktiviti lawatan ke Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dan kemudian pada jam 4 petang beliau mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu dan meneruskan mesyuarat pada jam 9 malam bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Pada 4 Februari, beliau telah berlepas ke Ankara bagi mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek, President Turki, Abdullah Gul dan Ketua Penasihat Perdana Menteri Turki, Ibrahim Kalin.
Dalam jadual tersebut, Anwar dikatakan berlepas ke Jeddah pada jam 8 malam dan tiba di Jeddah pada jam 2 pagi.
Kemudian, beliau melakukan umrah bersama Wan Azizah dari jam 3 hingga 5 pagi.

Jehan Miskin Sah Bergelar Suami

Posted by bong dom On Sabtu, Mei 04, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang.
Pasangan tersebut diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.
Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.
Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan Celest Thoi

Lana Nodin Melenting Ditegur Seksi?

Posted by bong dom On Sabtu, Mei 04, 2013 | No comments
Pelakon seksi, Lana Nodin dikhabarkan telah melenting setelah ditegur seksi oleh peminatnya menerusi satu gambarnya di akaun Instagram milik aktres itu, baru-baru ini.
Lana yang digelar sebagai Pamela Anderson Malaysia ini telah ditegur seorang pengikutnya di media sosial tersebut supaya berpakaian sopan lantas terus dibidas oleh aktres itu.
Pelakon yang berasal dari Sarawak itu kini sedang hangat bercinta dengan seorang model dari Republik Czech, Pavel Michalec.
Rasanya ramai lagi selebriti yang pernah ditegur peminat mereka tetapi kebanyakannya tidak pernah membalas atau mengambil pusing cakap-cakap pengikut mereka itu.
Tak salah rasanya bagi pengikut itu untuk menegur dan terpulanglah kepada Lana sama ada untuk menerimanya atau tidak.
Tak perlulah sampai menggunakan kata-kata kasar untuk membalas teguran itu.
Tak gitu Lana?
LANAS1
LANAS2

26 April 2013

Suami Pukul Isteri Dalam Komuter

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | No comments
Manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini dianugerahkan otak serta akal fikiran untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan difikir terlebih dahulu.
MyNewsHub ingin berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan isterinya.
Tambah menggemparkan, kejadian itu berlaku di dalam komuter di China.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut terus mencederakan isterinya walaupun dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang berada di dalam tren.
Di dalam video itu juga kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat.
Mungkin bayi iu merupakan anak kepada pasangan tersebut.
Video kejadian tersebut kini mula viral di laman-laman sosial.
Ramai pihak mengkritik tindakan lelaki tersebut yang memukul isterinya di dalam tren.
Selain itu, ramai juga pihak yang mengkritik penumpang komuter yang bertindak untuk melihat sahaja dan bukan menghalang lelaki tersebut.
Salah seorang komentator berkata,”Para penonton menikmati persembahan percuma? Mengapa mereka tidak boleh membantu untuk menarik lelaki itu? Berharap perkara ini tidak akan berlaku di Singapura.”
Justeru, gunakan akal fikiran anda yang dianugerahkan oleh Tuhan sebelum membuat sebarang tindakan terdesak.
Orang awam tidak akan melihat anda sebagai seorang suami yang hebat, tetapi anda adalah seorang lelaki yang dayus.
p2

P’bunuhan Pegawai Kastam Mungkin Ada Kaitan Tugas

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | 1 comment
KUALA LUMPUR – Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya hari ini, mungkin mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai kanan kastam.
Anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.
“Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya,” katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Timbalan ketua pengarah kastam itu ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.
Roslan berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Ahad lepas dan mereka berbual sambil minum bersama.

Video: Perempuan Tua Berak Dalam Lif

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | No comments
Apa perasaan jika anda duduk satu lif dengan seorang pengotor yang dengan selambanya telah membuang air besar atau bahasa kasarnya berak di situ.
Tetapi jangan risau, rasanya rakyat Malaysia tiada yang akan buat perkara sebegitu di khalayak ramai.
Sebaliknya, perkara ini terjadi di China di mana seorang perempuan tua dengan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, dia terus mencangkung dan berak di dalam lif itu juga dan kemudiannya hanya membiarkan tahinya itu di situ saja.
Dashyat sungguh perangai dan kelakuan masyarakat di sana.
Dah tak tahu beza mana lif dan tandas gamaknya.
Harap-harapnya situasi seperti di dalam video ini tidak terjadi di sini la hendaknya ya.

Murtad 21 Tahun Kerana Cinta

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | No comments


Seremban – Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.
“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.
“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.

Wajah Artis Malaysia Tanpa Mekap

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | No comments
Sebagai seorang selebriti, memelihara kecantikan serta pandai menjaga imej merupakan ciri utama yang perlu dititik beratkan oleh mereka untuk terus diminati ramai.
Semasa menjalani penggambaran, tentunya mereka perlu tampil bermekap mengikut kesesuaian watak yang dijayakan sekali gus peminat kadang kala tertanya bagaimana wajah sebenar artis itu sekiranya tidak mengenakan sebarang solekan di wajah mereka yang mulus itu.
Sesekali artis-artis wanita ini juga selesa dengan tidak mengenakan sebarang solekan dalam menjalani rutin seharian mereka kerana ianya bagus untuk menjaga kulit wajah agar sentiasa sihat serta segar selalu.
Memang cantik semulajadi semuanya dan inilah kriteria yang menjadikan mereka sebagai artis yang sentiasa digemari ramai kerana rupa paras mereka yang tidak jemu dipandang mata walaupun tanpa mengenakan sebarang alat solek di wajah masing-masing.
Bagi penulis, baik ketika bermekap atau pun tidak, kecantikan yang dimiliki oleh Emma Maembong, Neelofa dan Siti Saleha memang nampak natural dan ‘flawless’.
Apa pula pandangan anda?
2

Google+ Followers

Pengikut

Friends