4 Mei 2013

Gempar!!! Anwar Buat Persediaan Lari Ke Israel?

Posted by Unknown On Sabtu, Mei 04, 2013 | No comments
Setelah mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan tewas dan mungkin didakwa dalam insiden Lahad Datu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikatakan sedang melakukan persediaan untuk melarikan ke luar negara.
Beberapa dokumen yang diperoleh dari pihak yang rapat dengan beliau memperlihatkan Anwar memilih Israel sebagai lokasi untuk menyelamatkan diri.
Hakikat perkaitan Anwar dengan Israel dapat dikesan kepada dokumen terperinci jadual perjalanan beliau pada 1 hingga 10 Februari 2012.
Selain itu, dokumen berkaitan visa dan borang laluan keselamatan khas Israel turut diperoleh melalui sumber kepercayaan beliau.
Anwar telah berlepas ke Istanbul pada 1 Februari dan tiba di sana pada 2 Februari bagi menyampaikan syarahan bertajuk isu ‘Arab Spring, Islam and Democracy’ di Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Pada 3 Februari, beliau memulakan aktiviti lawatan ke Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dan kemudian pada jam 4 petang beliau mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu dan meneruskan mesyuarat pada jam 9 malam bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Pada 4 Februari, beliau telah berlepas ke Ankara bagi mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek, President Turki, Abdullah Gul dan Ketua Penasihat Perdana Menteri Turki, Ibrahim Kalin.
Dalam jadual tersebut, Anwar dikatakan berlepas ke Jeddah pada jam 8 malam dan tiba di Jeddah pada jam 2 pagi.
Kemudian, beliau melakukan umrah bersama Wan Azizah dari jam 3 hingga 5 pagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut