1 April 2013

“Saya Kenal Seks Bebas Sejak Berumur 12 Tahun”

Posted by Unknown On Isnin, April 01, 2013 | No comments

"Pengalaman pertama saya 'bersama' lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah," kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.


Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.


"Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit," katanya.

Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.


Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan lain, termasuk dengan kumpulan mat rempit.-METRO

** Ini cuma satu dari beribu ribu kes yang wujud di Malaysia. Dah terlalu kritikal dah masalah ini di Malaysia sekarang. Ada yang sampai kata " susah nak cari gadis melayu yang betul betul dara sekarang" . Tapi jangan salahkan mereka. Lelaki yang selalunya akan mula dahulu. Kalau dah ramai wanita tak ada dara, semestinya lelaki juga ramai yang sudah tiada teruna semenjak usia muda.

Ada kes sebelum ini , kanak kanak seawal usia 10 tahun dah mula pandai berjinak jinak dengan seks bebas. Kalau tak dibendung, tak tahu apa akan jadi . Mungkin masalah utamanya adalah ibu bapa yang semakin tak kisah anak anak buat apa hari hari.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut