28 Mac 2013

Dalam Diam.. Rupanya Ini Kerja MB Pahang Selama Ini..

Posted by bong dom On Khamis, Mac 28, 2013 | No comments

KUANTAN, 27 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob  baru-baru ini ada menegaskan betapa ketetapan dibuatnya agar apa-apa rancangan pembangunan tanah yang hendak diluluskan di negeri ini, mesti tidak membabitkan kawasan-kawasan rizab seperti tadahan air dan tanah Orang Asli.
Ia agar negeri ini menurutnya, dapat terus memelihara alam sekitar lalu menjamin kemapanan (sustainability) hutan, serta menjagai kebajikan dan hak-hak masyarakat minoriti Orang Asli yang telah diwartakan kawasan tanah mereka.
“Kalau kita (luluskan) rancangan pembangunan (tanah) satu tempat, pastikan tak terlibat tadahan air, tak terlibat rizab Orang Asli, tak terlibat sebarang rizab yang lain, hidupan liar sebagainya,” tegasnya. Sungguhpun dengan ketetapan tegas begitu, Adnan akui, ia masih dilanggari yang puncanya ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu termasuklah mereka yang dilesenkan untuk melaksanakan kerja-kerja melibatkan tanah dan perhutanan.
“Tapi kadang-kadang manusia ni, susahlah kita nak cakap. Yang tamak tu, tamak jugalah,” katanya dalam nada kesal. “Katalah kita meluluskan (rancangan pembangunan) tanah itu satu (1) hektar untuk cucuk-tanam.
Kadang-kadang orang yang dapat tu ‘bengkok’, dia akan buat sesetengah tempat, 10 hektar. Yang ada lesen (untuk) satu hektar, yang tak ada lesen 10 hektar. “(Yang melibatkan pula) penebangan hutan. Ia ada syarat-syarat tertentu; pokok (yang hendak ditebang) ni (mestilah ukuran) lilitan sekian-sekian, cara tebang macam mana, tepi sungai jangan usik, ada ‘buffer zone’nya,” tambah Adnan lagi. ~pahangdaily

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut