29 Mac 2013

Fitnah video seks yang disebarkan blogger upahan Umno-BN, Papa Gomo hanya menggambarkan diri beliau juga mempunyai pemikiran yang cederung ke arah melakukan perkara kotor.

Ini kerana menurut perspektif Islam, sesuatu tindakan kotor akan keluar dari jiwa dan hati yang kotor.

Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada TV Selangor ketika dihubungi hari ini.

“Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu.

“Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya,”
kata Tuan Ibrahim.

Sepatutnya menurut beliau, Umno-BN haruslah menumpukan kepada isu-isu dasar yang lebih serius seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan sebagainya dan bukan isu remeh yang bertujuan mengaibkan peribadi ahli politik tertentu.

Tuan Ibrahim juga percaya, tindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini Papa Gomo beberapa kali memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri video seks di blognya.

Dari rentetan siri-siri fitnah oleh Papa Gomo itu, Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman blogger tersebut sebanyak RM 100 juta.

Terbaru, Papa Gomo turut memaparkan surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan harapan Anwar berundur daripada politik tanah air.




0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends