Parti
Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian
Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar,
iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13
nanti.
Nama Nurul
Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang
dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, telah ditolak
oleh pengundi.
Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.
Bapa Anwar,
Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum
Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat
sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa Nurul
Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak
letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang
merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.
Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.
Jawapan
kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih
‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah
sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah,
diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang
Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan
tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam
menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Malah,
keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi
sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri
dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus
imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak
yang menentangnya.
Nurul Izzah
juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara
sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan
bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan
membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai
rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru
ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan
menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan
wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang
menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan
sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan
keselamatan dan pertahanan negara.
Wan Azizah
pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah
tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya
tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja.
Iaitu bagi
menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya,
Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa
semata-mata.
Maka,
kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej
keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha
belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap.
Tiada apa
yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja
tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran.
Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.
Satu-satunya
‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam
parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu
meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan
hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.