Tidak semena-mena,tiada beruk tiada kera,tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO
tidak tahu apa-apa,tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan
Video Seks Nurul Izzah pula.saya amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’
iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks
Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.Dalam kes ini,strategi
pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali
gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.Namun,cara pendedahan
video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga
tidak nampak lagi masakan asalnya.ini kerana ia pertama sekali
disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan
wartawan,seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum
lagi kedengaran.Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu
bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan ??? Atau apakah ini
hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal
diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud ???
Walau apapun,mengenali keluarga Anwar,kita tidak boleh menolak akan
kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan
dalangnya tidak dapat dipastikan.
Apa yang saya pasti,video tersebut ada di tangan PKR,bukan UMNO.Kerana
itulah sehingga ke hari ini,apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR
dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap
mengenainya.Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa
bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi
korup di dalamnya.Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan
perhiasan dan dipakaikan mahkota.Pemilihan parti PKR adalah yang paling
kotor dalam sejarah,di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh
adalah budayanya.Faktor cinta tiga segi,empat segi dan bersegi-segi
juga merupakan masalah paling besar dalam PKR.Mana tidaknya,apabila
anak,isteri,gundik,anak ikan,semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri
setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez.Kita tahu Azmin
menentang Khalid.Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin.
Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez
menentangnya dan mamanya.Kita tahu Anwar sayang semuanya.Tetapi kita
juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.Nurul Izzah bukan masalah
besar bagi UMNO atau BN.Malah,beliau merupakan bahan ketawa,tambahan
pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara
baru-baru ini,ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja.Tidak
berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video
seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan
diri dan parti.Justeru,adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut
bakal diedar oleh pihak PKR sendiri.Lagipun,dari kata-kata
Saifuddin,nampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya,kerana BN
langsung tidak tahu menahu mengenainya.Cuma saya kini tertanya-tanya
juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka ???
Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya ???
Apapun,saya pasti,bangga atau tidak,Anwar dan Azizah tetap akan
menafikannya.Bagi Nurul Izzah pula,saya menyarankan agar beliau
memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup
membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak
mereka,semata-mata untuk meraih simpati politik ???
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.