Penulis
sebenarnya adalah peminat tegar akhbar Sinar Harian. Ada banyak kolum
yang menarik minat penulis terutama dahulu ada kolum Dr Yee Abdullah
yang akhirnya tidak dibenarkan menulis lagi dalam akhbar ini. Penulis
terbaca kolum tulisan Yusof Harun yang bertajuknya ” Amboi senangnya
kata Dr M diktaktor” di akhbar Sinar Harian.
Bagi
yang tak tahu saudara Yusof adalah antara penulis di blog dan akhbar
rasmi negeri Melaka “MelakaKini”. Tulisan beliau sebelum ini yang
menarik perhatian ialah pujian terbuka kepada Dato Ali Rustam yang
disifatkan mempunyai tokoh kempimpinan yang baik dan Dato Ali hanya
sedikit dibawah Tun Mahathir dari segi idea bernas untuk membangunkan
Melaka. Malah Yusof mendakwa Dato Ali setanding dengan Tun Ghaffar Baba
sebagai Ketua Menteri yang cemerlang.
Penulis
tidak berminat hendak komen tentang Dato Ali sebab dia makan gaji
dengan kerajaan negeri. (harap-harap gajinya dibayar). Tapi bila beliau
menulis tentang Dr M, penulis rasa terpanggil untuk menyanggah tulisan
songsangnya. Yusof mendakwa Dr M bukan seperti Adolf Hitler. Beliau
tidak pernah membunuh sesiapa, tidak seperti Hitler yang membenarkan
pembunuhan kaum Yahudi. Dr M juga tidak mempunyai sifat kuku besi
seperti Hitler dan Musollini yang mampu menyerapkan semangat fasis
kedalam Enzo Ferrari dan Daimler Benz semasa mencipta kenderaan mereka.
Secara
berlawak, Yusof berkata semasa pelancaran Proton Preve salah satu tayar
tayar kereta telah tercabut. Semasa kejadian Tun Mahathir tidak marah
sambil tersenyum sahaja. Tulis Yusof lagi semangat diktaktor tidak
ditanam kedalam pengurusan Proton seperti mana Hitler dan Musoolini. Ini
adalah analogi dan perbandingan yang dilakukan antara diktaktor yang
terkenal di dunia dengan Dr M. Saudara Yusof juga menegaskan di bawah
Tun Mahathir, Malaysia berada dipuncak dengan pelbagai pembagunan
dilakukan.
Sebenarnya
penulis merasakan yang Yusof Harun ini keliru tentang maksud diktaktor
atau tidak. Antara diktaktor terkenal ialah Julius Caesar yang
memerintah Empayar Rom menggunakan kuasa tenteranya dan menekan dewan
senat. Empayar Rom berkembang sehingga ke Mesir. Di wilayah Jerman,
puak-puak yang menentangnya dapat ditewaskan. Di bawah Hitler, ekonomi
Jerman berkembang dengan pesat sehingga kadar pengangguran yang tinggi
di Jerman sebelum beliau mengambil alih negara berjaya disfarkan dalam
masa tiga tahun. Ada banyak contoh lagi dibawah pemerintahan diktaktor,
sesebuah negara berjaya dibangunkan dengan baik.
Bagi
sesiapa yang masih ingat kes pemecatan Mufti Selangor, Dato Ishak
Bahrom. Penulis masih ingat kisah ini bila Dato Ishak dalam satu
kuliahnya berkata semasa beliau dipanggil oleh Dr M kepejabatnya bersama
bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan, Dato Ishak telah
dileteri oleh Dr M selama satu jam. Dan Dato Ishak terpaksa mendengar
leteran ini tanpa berpeluang mencelah. Keputusannya Dato Ishak dipecat.
Kalau ini bukan sifat diktaktor apakah yang boleh dikatakan tentang hal
ini.
Sepanjang
tempoh 22 tahun menjadi Presiden Umno, seramai 3 Timbalannya meletak
jawatan. Selepas persaraannya pun ada Presiden Umno yang meletak jawatan
atas desakannya. Apakah kesemua mereka Tun Musa, Allayarham Tun Ghaffar
dan Dato Seri Anwar serta Tun Abdullah meletak jawatan secara baik.
Tidak sebaliknya pelbagai cerita timbul disebaliknya. Dr M terlibat
dengan kes pembunuhan Memali tahun 1995, sehingga ke hari ini beliau
masih tidak pernah minta maaf kepada rakyat Kedah atas insiden. (Beliau
adalah Menteri Dalam Negeri masa itu)
Mengenakan
pelbagai tuduhan juga adalah salah satu ciri diktaktor. Anwar misalnya
ditudoh pelbagai oleh Dr M dari ejen Yahudi sehingga mengamalkan
homoseksual. Adakah membuat tudohan yang tidak masuk akal ini bukan
ciri-ciri seorang diktaktor. Yang terakhir (sebenarnya banyak lagi),
salah satu ciri utama diktaktor ialah tidak pernah mengaku yang dirinya
seorang diktaktor Lihat Nicolae Ceausecu yang sempat berkata-kata
kepada sepasukan penembak matinya “Sanggupkah kamu membunoh bapa kepada
rakyat Romania” atau pun Muammar Gadaffi yang berucap dalam satu
perhimpunan disaat akhir hidupnya" rakyat Libya memilih saya untuk
menjadi ketua mereka” ataupun Hosni Mubarak yang dipilih secara
demokrasi dimana lebih 99 peratus rakyat Mesir mengundi dirinya. Kesemua
mereka ini tidak pernah mengaku diri mereka diktator.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.