“Bukan tiga,
tetapi empat penjuru." Itu khabar angin yang meramalkan kerusi DUN
Tioman bakal menyaksikan seorang lagi calon bebas menawarkan diri dalam
pilihanraya umum ke-13.
Sumber berkata, calon yang belum mahu mendedahkan identitinya itu adalah
dalam kalangan Orang Asal yang menetap di Rompin dan dikenali penduduk
setempat.
"Keputusan meletakkan calon itu adalah bagi memberi pilihan kepada
rakyat terutama Orang Asal memilih calon yang benar-benar memahami
denyut nadi akar umbi.
“Calon ini akan memperjuangkan beberapa perkara antaranya, berkaitan hak
pemilikan tanah adat, isu kemiskinan, peluang ekonomi dan pendidikan
bagi memastikan rakyat di DUN ini mendapat pembelaan sewajarnya,”
katanya.
Jika desas desus itu benar, ianya memberi cabaran hebat kepada Barisan
Nasional (BN) berikutan DUN Tioman merupakan kubu kuat parti itu selama
ini.
Menurut sumber, calon tempatan itu aktif menyertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berpengalaman dalam politik.
Katanya, calon terbabit adalah pejuang rakyat yang lantang menyatakan
pandangan dan jika tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, beliau ini
tidak kekok atau segan berada di hadapan,” katanya.
"Calon terbabit akan memastikan perkara berhubung-kait pemilikan tanah
adat diberi perhatian serius kerajaan memandangkan beberapa isu dan
tuntutan daripada masyarakat Orang Asli gagal ditangani sepenuhnya.
“Kita akan tampilkan seorang calon berwibawa, jujur dan amanah pada
tugas serta boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa
mengira kaum serta ideologi politik,” katanya.
Sumber berkata, calon diramal mampu memberi saingan kepada dua calon
Barisan Nasional (BN) dan PAS mewakili Pakatan Rakyat atau seorang lagi
calon bebas yang dijangka bertanding di Dun itu.
“Orang Asal adalah pengundi kedua terbesar selepas Melayu.
"Saya yakin calon ini mampu melaksanakan tuga sebaiknya jika diberi kepercayaan oleh rakyat,” katanya.
Pada 28 Februari lalu satu laporan diterima mengatakan kubu kuat BN di
DUN Tioman mungkin goyah berikutan cakap-cakap politik meramalkan
berlakunya pertandingan tiga penjuru di DUN itu dalam pilihanraya umum.
Dalam laporan itu, sumber memberitahu, calon bebas itu adalah anak jati
Rompin berkelulusan agama dan dikenali masyarakat setempat.
DUN ini diwakili BN iaitu Johari Hussain (gambar) dengan majoriti lebih 2
ribu undi tetapi dengan perkembangan menarik sekitar Rompin, kedudukan
tersebut kini dianggap tidak selamat.
Maka strategi kedua dirangka iaitu menaja seberapa ramai calon Bebas
untuk memecahkan undi pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat.
Tidak mustahil muslihat tersebut mampu menyelamatkan kerusi DUN ini dari
dirampas sekaligus memastikan status quo mereka terpelihara (termasuk
peluang perniagaan untuk kroni dan suku sakat).
Apakah BN sudah bersedia dengan pelan kecemasan tersebut?
Hanya masa yang akan menjawabnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.