28 Mac 2013

PECAH BERITA! Krisis Umno Kedah Makin Meruncing!

Posted by Unknown On Khamis, Mac 28, 2013 | No comments

Menentang Mukhriz ibarat menempah kubur sebelum mati!

Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan bagaimana dilema yang dihadapi ADUN Bakar Bata yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah walaupun jawatannya lebih besar dari timbalannya itu.

Mengapa?

Kerana keputusan untuk memilih calon pilihanraya di negeri Kedah ini khususnya Umno bukan ditentukan Ahmad Bashah sebaliknya Mukhriz lebih berkuasa kerana bapanya, Mahathir Mohamad adalah dalang di sebalik semua ini.

Semua orang tahu Mukhriz masih belum dapat keluar dari bayang-bayang bapanya hinggakan ada yang menyindir sampai bila hendak duduk di bawah ketiak bapak kalau imej dan kepimpinannya pun lemah.

Ahmad Bashah yang juga dalam keadaan tertekan kerana pelbagai skandal yang berjaya dibongkar nampaknya lebih menumpukan masanya untuk menangkis serangan yang dilakukan terhadapnya dan tidak mustahil kem Mukhriz sendiri yang membocorkannya.

Kedudukan Ahmad Bashah sendiri yang seakan 'diikat kaki dan tangan' mengurangkan lagi pengaruhnya dan dalam masa yang sama, Muhkriz pula bernafsu besar menjadi menteri besar!

Pun begitu, Umno negeri yang sebenarnya mempunyai tiga kem termasuk kem bekas menteri besar, Mahdzir Khalid tidak mampu untuk bersatu menentang Pakatan Rakyat terutama PAS walaupun parti itu juga sedang mengalami konflik dalaman.

Seorang rakan Umno dari kem Ahmad Bashah mendedahkan bahawa Mukhriz memang seorang yang gelojoh dalam usaha menyingkirkannya.

Tindakan Mukhriz dilakukan secara terang-terangan, tanpa selindung atau pun rasa takut sama sekali.

Hinggakan Ahmad Bashah sedar permainan licik Mukhriz.

Antaranya, menurut sumber itu tadi, Mukhriz mengeksploitasi kesemua NGO Melayu pro-Umno seperti Perkasa dan Pekida untuk memperoleh sokongan dan terbaru Mukhriz gunakan KCS.

Tujuannya hanyalah untuk menaikkan imejnya sebagai 'calon MB BN negeri' dan bukannya untuk menaikkan imej parti jauh sekali BN.

Projek tersebut diketahui Ahmad Bashah namun ahli kemnya juga akan bertindak balas dan perancangan ke arah itu giat dilakukan siang dan malam hingga pentadbiran BN negeri kucar-kacir kerananya.

“Sepatutnya Mukhriz pulun bagi BN menang dulu di Kedah, lepas tu baru pulun angkat diri nak jadi MB pun,” kata rakan Umno itu tadi.

Usaha terbaru dari kem Mukhriz ialah melobi presiden Umno, Najib Altantuya supaya menggugurkan Ahmad Bashah dari jadi calon DUN Bakar Bata sebab kononnya dah jadi beban BN Kedah.

Keadaannya, Mukhriz bersungguh-sungguh hendak menjatuhkan Ahmad Bashah kononnya BN akan kembali berkuasa di negeri jelapang padi itu, tetapi lupa BN negeri pun tidak terurus kerana mengharapkan fulus yang entah bila kunjung tiba.

Kesilapan Ahmad Bashah adalah membiarkan Mukhriz bermaharajalela dan terus melakukan kesilapan bodoh seperti mengisytiharkan 71 ahli PAS menyertai Umno walaupun sebenarnya mereka diupah supaya 'keluar Umno masuk Umno'.

Najib Altantuya sudah diberi amaran, sekiranya dia tersilap memilih siapa yang akan menjadi menteri besar, bukan setakat Umno bungkus malah Putrajaya pun boleh terlepas!

Belum pasti kesemua 15 kerusi parlimen boleh dimenangi kerana beberapa kerusi sedia ada seperti Kubang Pasu pun belum tentu selamat.

Dengan 36 kerusi DUN bakal menjadi medan tempur, rasanya pertarungan Muhkriz dan Ahmad Bashah lebih hebat diperkatakan di sana sini berbanding peluang Umno dan BN untuk merampas Kedah yang semakin pudar.

Tidak mustahil jika untuk mendapat undi, malam ini mereka bergambar berdua tetapi esok sudah masam muka!

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut