29 Mac 2013

Indahnya hubungan antara Nora Danish dan Fasha Sandha. Abang Nara suka betul. Walaupun ramai orang kata ada sengketa antara mereka, Abang Nara rasa itu cuma tohmahan palsu semata-mata. Ini terbukti apabila Nora mendoakan Fasha yang sedang sarat mengandung.
nora danish
Nora Danish menerusi Berita Harian semalam memberitahu yang dia memahami perasaan Fasha yang kini sarat serta menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Kata Nora Danish:-
Saya tak ada tip tertentu yang boleh dikongsi bersamanya, cuma saya doakan fasha selamat melahirkan bayinya nanti dan segala-galanya berjalan lancar. Terus terang saya gembira dengan berita dia bakal menimang cahaya mata lelaki. Nampaknya Rayqal ada kawan selepas ini dan dia pun gembira apabila mendapat tahu bakal mendapat adik. Bolehlah dia bermain bersama.
Malah bagi Nora, peristiwa dahulu antara mereka tidak perlu lagi diungkit dan patut dibiar berlalu sebagai sejarah. Abang Nara terharu apabila Nora Danish memberitahu yang dia menganggap Fasha sebagai kakaknya.
Saya sudah anggap dia macam kakak sendiri. Kadang-kadang kami berjumpa jika dia dan Jejai datang ke rumah menghantar Rayqal. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya turut memberitahu Rayqal bapanya kini sudah berkahwin dengan Fasha dan itulah sebabnya kami tidak tinggal bersama. Saya menunjukkan majlis perkahwinan mereka di Youtube.
fasha
Bagus betullah Nora Danish ini. Semoga hubungan mereka akan terus kekal sebegini. Abang Nara pasti Nora pun dah tak sabar untuk mendapat anak buah. Pasti seronok dan teringat kenangan membesarkan Rayqal satu ketika dahulu.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut