3 April 2013


Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:


1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut