Pelakon
dan penyajak terkenal, Pyanhabib Rahman hari ini membidas kenyataan
Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional
(BN) ditumbangkan kerana menurutnya, kerja seniman atau artis adalah
berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.
Pyanhabib
yang membintangi filem 'Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada
tahun 1980an itu juga menyoal jika PAS tidak memenangi pilihan raya
umum (PRU) 13, apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya
seterusnya.
“Kerja seniman adalah berkarya.
“Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.
“Jika
pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim
pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda
dapat berkarya?” kata Pyanhabib kepada The Malaysian Insider sebentar
tadi.
Dalam
temuramah bersama The Malaysian Insider semalam, Abby Abadi berkata,
dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil
alihtampuk pemerintahan negara.
Sementara
itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi
sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana
baru beralih arah.
“Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.
“Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru.
“Itu
bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua. PAS
sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu
berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang
Islamik,” kata Meor.
Tambah
penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara
independen itu, kenyataan Abby memperlihatkan yang pelakon tersebut
masih lagi dalam keadaan belum matang.
“Jadi bila masuk ke suasana yang baru rasa seronok itu ada, mungkin berlebihan.
“Jadi kenyataan (Abby) yang keluar pun kenyataan yang pra-matang, saya setuju dengan pendapat Zunar,” katanya lagi.
Sementara itu, kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli merasakan Abby Abadi terkeliru diantara Islam dan Arab.
“Islam
dan Arab adalah dua perkara berbeza. Islam sesuai untuk apa juga
bangsa, tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik.
“Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya.
“Begitu
juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang
kulit dan permainan kanak-kanakyang sebati di dalam masyarakat Jawa –
Hindu pada ketika itu,” kata Ronasina lagi. – The Malaysian Insider
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.