Cerita ini mungkin agak lama, tapi sengaja penulis siarkan buat santai-santai dan sapa-sapa yang minat dengan Lady Gaga.
Lady Gaga terkenal dengan fesyennya yang agak pelik kerana dia inginkan
sesuatu yang berbeza dengan artis lain. Untuk kelihatan pelik dan hebat,
beliau pada majlis anugerah MTV Video Music Awards yang lepas telah
mengenakan gaun yang diperbuat daripada daging lembu.
Pereka gaun tersebut, Franc Fernandez, mengatakan kepada MTV, “Gaun itu
memang dibuat dari daging dari tukang daging keluarga saya.”
Fernandez mengatakan bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk
menjahit gaun seperti dilaporkan oleh Daily News. Dikatakan 25 paun
daging lembu digunakan untuk membuat pakaian tersebut dan tukang daging
itu juga mengatakan bahawa jika kurang penyejukan boleh menyebabkan ia
busuk. Apabila Gaga berada di bawah lampu daging itu akan kelihatan
seolah-olah masak.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.