3 April 2013




"Hidup hanya sekali, Mati juga hanya sekali"

Itulah prinsip yang Papa Gomo pegang selama ini dalam perjuangan sebagai seorang Blogger. Ancaman, ugutan, cacian dan makian semua itu Gomo tidak peduli kerana pada Gomo matlamat hanya satu iaitu memastikan Barisan Nasional terutamanya UMNO menang pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Hari ini parlimen telah dibubarkan dan dengan ini juga Gomo mohon jasa baik kepada semua rakan rakan yang ada dalam peperangan Media baru untuk berhenti bersengketa dan menfokuskan kepada peperangan kita dalam melawan dakyah fitnah jahat media pakatan pembangkang.

Walaupun kita hanya kecil pengaruhnya buat para pengundi pada PRU 13 ini yang mana difahamkan hanya sekitar 20% namun ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengundi untuk memilih sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang.

Tugas kita jentera media internet ini baik sama ada penggiat laman portal, blogger, facebookers, twiiter dan sesiapa sahaja termasuk pengkomen pengkomen pro kerajaan adalah memastikan Barisan Nasional menang 2/3 pada PRU 13 ini bagi memberikan mandat buat Dato Sri Najib Razak memakmurkan negara Malaysia ini.

Hari ini Papa Gomo boleh dikatakan menguasai media baru terutamanya dari segi kelantangan dalam mengeluarkan sesuatu isu. Bukan nak mendabik dada dengan kedudukan Blog Papa Gomo hari ini tetapi ini lah bukti bahawa jika dulu sebelum PRU 12 media baru dikuasai pembangkang kini ianya dikuasai kita pejuang tulen pro Kerajaan dalam media baru.

Nah inilah yang patutnya dibanggakan oleh pejuang Blogger pro Kerajaan Barisan Nasional atas apa yang Gomo duduki waktu ini. Sekarang ataupun tidak kita terpaksa berjuang bermati matian dalam memastikan BN menang 2/3 melalui kuasa dan pengaruh kita dalam menghebahkan sebarang berita kebaikkan BN dan mematikan dakyah fitnah Pakatan Pembangkang.

Dalam menjalankan kelangsungkan perjuangan ini Papa Gomo tidak pernah gentar dengan pihak pembangkang apatah lagi dengan pengkhianat Agama Bangsa dan Negara Anwar Ibrahim. Tugas Papa Gomo adalah memastikan rakyat membuka mata dan mengenali siapa si Syaitan bernama Anwar Ibrahim itu. Walau apa cara sekalipun Papa Gomo akan terus menyerang dan menyedarkan rakyat agar mereka tidak tersalah langkah dalam memilih kerajaan yang akan datang agar ianya tidak dipimpin oleh pemimpin HOMOSEKSUAL sepertimana Anwar Ibrahim.

Jadi untuk itu Papa Gomo harap agar seluruh jentera media baru untuk bergabung tenaga dalam memastikan kemenangan BN dengan majoriti 2/3 pada PRU 13 ini. Semoga kemenangan kita ini menjadi satu sejarah kepada rakyat Malaysia bahawa peranan pengamal media baru seperti kita penting untuk masa mendatang.

Papa Gomo satu hari nanti juga akan pergi, dan sebelum kematian yang akan tiba itu biarlah jiwa raga ini bersama UMNO dalam mempertahankan kedaulatan negara yang sedia ada dari dirampas. Mati kelak sekurang kurangnya kita telah melakukan sesuatu untuk negara Malaysia ini.

Mereka akan membunuh kita, dan kita juga harus membunuh mereka. Apa sahaja ataupun apa cara sekalipun kita harus membunuh rangkaian pejuang media pembangkang ini dengan apa yang kita ada. Andaikata kita dibunuh biarlah kita dibunuh dengan melawan.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut