4 April 2013

Emma Masih B’kawan Baik Dengan Bekas Kekasih

Posted by Unknown On Khamis, April 04, 2013 | No comments
Pelakon kacukan Melayu-Scottish, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, mengakui dia masih lagi berkawan baik dengan bekas teman lelakinya itu.
Hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Adli yang terjalin sejak mereka bersekolah menengah itu telah putus sejak dua bulan lalu.
“Emma masih kawan lagi dengan dia. Emma tak nak bermusuh dengan dia. Tipulah kalau saya kata sudah tidak ada lagi rasa sayang padanya. Lagipun hubungan kami dulu pun agak lama.
Tapi kalau nak kata peluang untuk kami bersama semula tu, saya tak boleh kata apa-apa. Itu semua terserah pada jodoh,” katanya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.
Baguslah masing-masing sudah semakin matang dalam menangani masalah yang pernah melanda sebelum ini dan diharapkan hubungan kedua-dua terus baik sampai bila-bila.
Dalam perkembangan lain, Emma yang turut mempunyai bakat dalam bidang lukisan itu baru sahaja menandatangani kontrak selama setahun sebagai duta produk Silkygilr.
Sebelum ini antara selebriti yang pernah menjadi duta kepada produk tersebut ialah Juliana Evans, Sharifah Aleya dan Stacy.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut