Disebalik kesungguhan
segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video
"Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai
anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam
video itu sememangnya Anwar Ibrahim.
Mereka sudah melihat
sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika
itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan
masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi
parti.
Keyakinan mereka kian
bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli
secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan
mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger
PapaGomo itu.
Dalam beberapa video dan
gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll,
mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit
dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.
Kini masing-masing
terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak
pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip
Anwar itu memang sah milik Anwar.
Senario ini agak
membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR,
lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan
kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk
pimpinan PKR.
Tambahan pula rata-rata
di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan
rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong
PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai
yang menjauhi PKR dan PR
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.