2 April 2013

GEMPARRR..!!! LELAKI Y JADI SASAU DISEBABKAN TUN DAIM..?

Posted by Unknown On Selasa, April 02, 2013 | No comments
Ketika Tun Daim Zainuddin memberitahu jangkaan beliau bahawa BN akan mengalami kekalahan dan kehilangan beberapa buah negeri pada PRU ke-12 kira-kira lima tahun dulu, ramai yang menjuihkan bibir tidak percaya padanya.
Malah ada segelintir pemimpin BN yang marah-marah dengan telahan bekas Menteri Kewangan itu. Kata mereka, mustahil BN akan kalah di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Mustahil?
Menurut ulama Islam, tiada perkara yang mustahil di dunia ini. Bila Allah katakan “kun fa yakuun” di mana mafhumnya, semua perkara akan terjadi sekiranya Allah mahu ia terjadi. Cuma sudah tentu ada alasan, hikmah dan cara ia terjadi, bukan? Kita jadikan itu iktibar…

Terkini, Tun Daim telah diwawancara sebuah media berbahasa Cina, China Press, di mana beliau menjangkakan BN bakal menang dengan majoriti yang lebih besar pada PRU ke-13 ini. Antara negeri yang dijangka dapat ditawan semula BN ialah Kedah dan Selangor.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan supaya BN meletakkan calon yang sesuai bagi mendapatkan impak yang lebih besar. Dalam ertikata lain, letak calon yang sesuai di mata rakyat, maka lebih besarlah kemenangan BN nanti.
Saya percaya, puak-puak Pakatan Haram akan meroyan bila mendengar jangkaan Tun Daim itu. Itu perkara biasa bagi puak-puak tidak bertamadun dan kurang berakal itu.
Tapi saya yakin, jangkaan Tun Daim itu adalah ikhlas berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam ilmu sepak terajang politik di negara ini. Ketepatan jangkaannya itu sudah tentu mempunyai logik akal dan asas yang kukuh.
Menurut beliau, antara punca utama kemenangan BN para PRU ke-13 kali ini ialah mengenai sikap Pakatan Haram sendiri yang dilihat gagal menunaikan janji yang mereka tabur di dalam manifesto mereka pada PRU yang lalu.
Di Selangor misalnya, puluhan ribu rakyat telah bangkit bertindak menyaman Kerajaan Pakatan Haram kerana gagal menunaikan janji mereka pada tahun 2008. Contohnya memberikan air secara percuma kepada seluruh rakyat dan elaun bulanan bagi ibu tunggal serta suri rumah sepenuh masa.
Di Kedah pula lebih teruk apabila Menteri Besarnya, Azizan Razak dikatakan tidak melaksanakan janji manifesto mereka pada tahun 2008 walaupun satu perkara. Malah bila ditanya media, Azizan sering memberi jawapan “tidak tahu” membayangkan dia seorang Menteri Besar yang “serba tidak tahu”.
Prestasi yang terlalu buruk Pakatan Haram di beberapa negeri jajahan mereka itu dikatakan menjadi faktor utama kekalahan mereka di mana mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai oleh rakyat.
Sebelum ini, Tun Daim pernah membezakan prestasi di antara Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan jauh lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Katanya, Anwar terpalit dengan kontroversi-kontroversi dan kisah-kisah “gelap” yang gagal dijawab oleh Ketua Pembangkang itu sehingga kini. Kalau dijawab sekalipun, jawapan Anwar itu langsung tidak diyakini rakyat kerana jawapan yang diberikan itu tidak masuk akal.
Pun begitu, suka saya mengingatkan kepada jutaan penyokong BN dan rakyat “atas pagar” supaya tidak terlalu gembira dengan jangkaan Tun Daim itu.
Meskipun jangkaan itu mempunyai asas yang kukuh untuk melegakan penderitaan kita, kita patut berwaspada dan bekerja keras untuk memastikan jangkaan tersebut menjadi realiti pada PRU ke-13 nanti.
BN bagaikan harimau yang terluka dan sedar tentang kelemahan diri sendiri. Kini BN sudah sembuh dan memberikan komitmen yang tinggi untuk melakukan transformasi diri bagi memastikan rakyat Malaysia menerima khidmat yang lebih baik selepas PRU ke-13 nanti.
InsyaAllah, doakanlah kemenangan majoriti BN yang lebih tinggi pada PRU kali ini. Dan dengan izin Allah SWT, Malaysia akan terus maju dan gagah di mata dunia demi memartabatkan agama, bangsa dan negara…
 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut