Pelakon Siti Fazurina mengakui
hubungannya dengan keluarga masih belum pulih selepas perkahwinannya
dengan suaminya, Hykal Zulkifli dilanda kontroversi tahun lalu.
“Saya tak ada menghubungi ibu. Ibu atau
adik beradik juga tidak menghubungi saya sehingga kini. Hubungan saya
dengan mereka belum pulih lagi. Kami belum berbaik. Tapi saya percaya,
masa akan menentukan segala-galanya”, katanya kepada MalaysianDigest.
Fazurina didakwa telah berkahwin lari
oleh ahli keluarganya selain dia dan suami perlu bernikah buat kali
kedua selepas pelakon itu didakwa memberi maklumat kepada Pejabat Agam
Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak
tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia
masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi
walinya..
Fazurina, 31, yang popular menerusi
drama rantaian Trilogi Cinta ini sebelum ini telah melangsungkan
perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember
tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59,
tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Semoga hubungan kekeluargaan Fazurina kembali jernih kerana air yang
dicincang tidak akan putus sampai bila-bila dan harapnya tidak ada pihak
yang mengambil kesempatan di atas kesulitan yang berlaku ke atas
keluarga ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.