4 April 2013

Ikrar Gemuruh Mahasiswa Gegarkan Raja Goyang

Posted by Unknown On Khamis, April 04, 2013 | No comments

Sebuah pergerakan mahasiswa semalam dilaporkan telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak & Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Siswa4U merupakan pergerakan yang terdiri daripada lebih 500 pemimpin mahasiswa berbilang kaum daripada semua institusi pengajian tinggi (IPT) turut berjanji untuk membantu Perdana Menteri dalam meyakinkan rakyat agar terus memberikan mandat kepada beliau dan barisan pimpinannya.

Sokongan terbuka mereka itu menunjukkan bahawa golongan mahasiswa begitu komited untuk menyumbangkan idea & masa dalam membela dan membantu rakyat Malaysia. Malah mereka juga turut menghargai pindaan kepada AUKU yang telah dibuat oleh PM & BN.
Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.
“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas.
Pakatan pembangkang sebelum ini sering dilihat mempengaruhi dan mengunakan golongan mahasiswa dalam menjayakan matlamat Anwar untuk ke Putrajaya. Maka sejak itu bermulalah tindakan-tindakan biadap seperti menurunkan gambar pemimpin, memijak, membakar malah tidak kurang juga ada yang bertindak mengalungkan bunga untuk orang mati.
Baru-baru ini pula, seramai 3 orang telah ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat. Walaupun mereka mendakwa kononnya mewakili suara mahasiswa, namun pada hakikatnya mereka hanya terdiri dari segelintir kumpulan.
Malah hasil penelitian yang dilakukan kebanyakkan mereka juga adalah merupakan orang yang sama dijadikan alat oleh pimpinan pakatan pembangkang yang berselindung disebalik hak kebebasan akademik.
Menurut Hafiz lagi, agenda transformasi yang dijalankan Datuk Sri Najib menunjukkan iltizam pemimpin nombor satu negara itu dalam melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap negara, kerajaan dan parti sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan.
Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.
“Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut

Friends