Akhirnya ahli UMNO sedar Rosmah Mansor anak beranak termasuklah bakal menantunya adalah liabiliti kepada UMNO/BN. Malah mereka secara terang-terangan kini akui antara bakal penyumbang terbesar kepada kejatuhan dan kekalahan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.
Sepatuttnya sebagai pemimpin negara, keluarga adalah aset utama untuk melonjakkan namanya, tetapi berlainan sekali kepada Najib Razak.
Lagi kerap dipaparkan dimuka media lagi bertambah meluat, menyampah dan benci rakyat kepada UMNO.
Sebenarnya, alasan paling utama rakyat benci UMNO ialah sikap para pemimpin UMNO itu sendiri.. kaki rasuah, penipu, pemfitnah, boros, rakus, penyamun projek dan kontrak, perkaya dan utamakan kroni, suku sakat, kaum kerabat dan anak bini.
Beri BR1M, Bantuan Awal Persekolahan RM100, Rebat talipon Pintar RM200, TR1M, BL1M, rakyat rembat namun terasa terikat dan UMNO mampu memikat nampaknya meleset sekali...Undi tetap pergi ke Pakatan Rakyat.. ITU ADALAH HAKIKAT
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.