5 April 2013

Jurulatih Diberi Pelepasan Pada Hari Mengundi

Posted by Unknown On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
KUANTAN – Kesemua 3,500 jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diarahkan untuk menunaikan kewajiban sebagai pengundi di tempat masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Hadi Awang Kechil berkata mereka akan diberi kebenaran untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
“Mereka boleh balik buang undi dan apabila selesai balik semula ke kem latihan seperti biasa. Kalau jauh sangat mungkin akan diberi masa.
“Tapi pada hari tersebut tentunya latihan tidak boleh dilaksanakan sebab jurulatih semua keluar pada hari mengundi tetapi pelatih tidak akan keluar dari kem,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating di sini hari ini.
Beliau berkata ketika ketiadaan jurulatih, pelatih akan dijaga oleh anggota tentera yang kini ditempatkan di semua kem PLKN di seluruh negara.
Selain itu, katanya, pelatih yang layak mengundi diberi pelepasan bagi menunaikan tanggungjawab itu.
Pada masa kini terdapat kira-kira 900 anggota tentera ditempatkan di seluruh kem PLKN di seluruh negara dengan anggaran 10 orang setiap kem.
Dalam pada itu beliau berkata kehadiran pelatih yang menyertai PLKN tahun ini mencipta sejarah apabila seramai 30,000 pelatih menyertai kem itu berbanding angka yang lebih rendah sebelum ini.
Katanya purata keseluruhan bagi pengambilan kumpulan kedua tahun-tahun sebelumnya seramai 25,000 orang itu membuktikan sambutan masyarakat telah berubah mengenai penerimaan program berkenaan.
Beliau berkata pengambilan yang dibuat itu mencapai mengikut komposisi yang ditetapkan dengan 60 peratus Bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan 2 peratus lain-lain bangsa.
Sambutan itu, katanya, menunjukkan angka yang membanggakan terutama penerimaan masyarakat Cina yang telah berubah dengan memenuhi komposisi yang ditetapkan

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut