7 April 2013

Kata Kuncinya Ialah AkuJanji – Bukan Manifesto

Posted by bong dom On Ahad, April 07, 2013 | 7 comments
Penulis sukar untuk mentafsirkan apa yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) malam ini.
Ia terlalu awesome dan terlalu hebat untuk diketepikan begitu sahaja.
Namun, yang paling penting, sesuatu yang tidak diduga langsung ialah, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bukan manifesto, ia AkuJanji.
Bila BN menggunakan istilah AkuJanji, maka secara otomatik apa yang dibentangkan Najib malam tadi di hadapan jutaan rakyat yang mengikutinya secara langsung adalah sesuatu yang mesti, harus dan pasti akan dilaksanakan.
Bermakna, tidak akan wujud kenyataan seperti manifesto bukan janji.
Ini terus AkuJanji… Aku Janji Ok…
Jadi, kalau BN kata 1 juta unit rumah mampu milik, maka 1 juta rumah mampu milik la perlu ada dalam masa 5 tahun lagi.
Satu Unit kurang bermakna ia bukan suatu janji yang berjaya ditepati.
Memandangkan BN dan Najib meletakan penekanan yang amat tinggi terhadap aspek janji, dan apa yang disebutkan beliau malam tadi ialah AkuJanji…maka Najib mahu memperlihatkan beliau benar-benar serius.
Sebetulnya, apa yang Najib buat malam tadi adalah sejarah yang belum pernah terukir di mana-mana pun sebelum ini.
Selama ini kita beranggapan bahawa manifesto adalah janji, tetapi pembangkang telah membuktikan dan menyatakan secara jelas bahawa manifesto bukan janji.
Jadi, bagi memperlihatkan yang BN serius, beliau berkata;
“Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
“Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia,” kata beliau.
Pada beliau, bagi mencerminkan kesungguhan untuk melakukan segala yang dirancang BN jika diberikan lagi peluang dalam PRU13.
Begitu kuat penekanan beliau untuk memastikan segala yang dijanjikan itu dibuat.
Betapa bertuahnya kita memiliki seorang Perdana Menteri yang sejak dahulu dikenali sebagai seorang yang prihatin.
Malam tadi beliau mengariskan pelbagai macam perkara yang begitu menarik dan berjanji bersungguh-sungguh untuk memastikan ia dicapai.

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut