Seremban – Dua puluh satu tahun
lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama
lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus
diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke
pangkal jalan.
“Syukur Allah membuka pintu hati saya
kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu.
Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin
sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang
akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti
agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia
bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan
suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.
“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan
keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu
saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama
dianuti suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya
kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya
kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak
perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.