Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan
pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang
palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan
Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban
mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian
tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya
mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.
Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu
turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab
memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke
borang asal SPR...
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.