26 April 2013

P’bunuhan Pegawai Kastam Mungkin Ada Kaitan Tugas

Posted by bong dom On Jumaat, April 26, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya hari ini, mungkin mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai kanan kastam.
Anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.
“Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya,” katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.
Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Timbalan ketua pengarah kastam itu ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.
Roslan berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Ahad lepas dan mereka berbual sambil minum bersama.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut