IPOH – Polis Perak akan menggerakkan
8,600 pegawai dan anggota untuk bertugas di negeri itu bagi mengawal
keselamatan sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri
Dahlan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti kawasan panas bagi
memastikan kawalan keselamatan yang disediakan mencukupi.
“Keupayaan polis menjaga keselamatan dan
kesejahteraan rakyat bagaimanapun tetap bergantung kepada kerjasama
orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini Khamis.
Mengulas perkara berbeza, Mohd Shukri
berkata indeks jenayah Perak mencatat penurunan sebanyak 8.47 peratus
bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
“Ini merupakan penurunan yang sangat
baik kerana dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ia menyasarkan
sebanyak lima peratus (penurunan),” katanya.
Katanya sebanyak 1,935 kes jenayah
direkodkan bagi tempoh itu membabitkan 399 kes jenayah kekerasan dan
baki 1,536 kes merupakan jenayah harta benda seperti curi motosikal dan
sebagainya.
“Tahun lalu bagi tempoh sama, sebanyak 2,114 kes direkodkan,” katanya
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.