5 April 2013

Presiden PAS Perlekeh Strategi Tentera

Posted by bong dom On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah mempertikaikan kebijaksanaan strategi yang diguna pakai pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu di Sabah.
Ia apabila Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini  meminta pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera tidak mengikut contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah negara ini satu waktu dahulu.
“Tindakan ketenteraan mempertahankan kedaulatan negara, langkah menjaga keselamatan rakyat wajib dilaksanakan dengan berhemat.
“Jangan ikut contoh buruk yang pernah dilakukan oleh penjajah semasa darurat dahulu, penyelesaiannya secara mengepung dan memaksa semata-mata tanpa pendekatan yang lain.
“Perlu difahami bahawa perasaan manusia tidak boleh dikepung dan dikongkong sepanjang masa walau jasadnya dikepung dan dikongkong secara paksaan,” dakwanya melalui kenyataan itu.
Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa banyak asas dari sudut politik yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa berdarah seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
Beliau mendakwa, pasukan keselamatan tidak sepatutnya menjadi mangsa korban musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik yang memimpin negara.
Ia kerana, dakwanya, orang Suluk atau etnik Tausug mempunyai hubungan keluarga, agama dan budaya yang sama dengan sebahagian besar penduduk keturunan Sulu di Sabah.
“Tragedi ini berlaku kerana pihak politik yang berkuasa tidak menyelesaikan masalah akar-usul secara bijaksana hingga berlaku kemalangan yang sangat menyayat hati itu.
“Di samping kemarahan membara terhadap penceroboh yang tidak beretika, namun sifat kemanusiaan tetap berada dalam setiap orang yang berperasaan,” dakwanya.
Justeru beliau beranggapan muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara berikutan kejadian itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut