Pelancaran Manifesto
Barisan Nasional (BN) “Menepati Janji, Membawa Harapan” pada Sabtu lalu,
mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia. Ini kerana
manifesto tersebut dilihat lebih konkrit dan menggambarkan kesungguhan
kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
mempertingkat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Malah rakyat juga dilihat
semakin yakin dengan kemampuan dan kebolehan BN untuk menunaikan semua
‘akujanji’ yang dibentangkan sekiranya diberikan mandat mentadbir
negara untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.
Menurut Perdana Menteri,
menerusi blog 1Malaysia mengatakan mandat yang diberikan rakyat anda
adalah merupakan sebuah janji yang membawa harapan, mencapai
kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu
wawasan.
“Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul” katanya.
Tambah menarik perhatian,
manifesto yang mengandungi 17 perkara utama itu merangkumi keseluruhan
aspek kehidupan rakyat serta turut memberikan perincian terhadap apa
yang akan dilakukan.
Malah manifesto tersebut
yang dizahirkan dalam bentuk dokumen 'aku janji' itu merupakan satru
aspirasi khusus untuk golongan muda bersama-sama menjayakan usaha
kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Ia
bukan sahaja menjadi pendorong kepada golongan muda khususnya belia
tetapi turut menyediakan nilai tambah kepada mereka yang berminat
menceburkan diri dalam bidang usaha niaga komersil.
Namun, ternyata ia
bukanlah merupakan satu berita yang mengembirakan pakatan pembangkang,
yang melihat ‘akujanji’ tersebut sebagai satu lagi halangan baru yang
akan menyukarkan lagi gerakan untuk merampas Putrajaya. Ini kerana
ketika mereka mengunapakai pendekatan ‘Manifesto Bukan Janji’, BN
dilihat bertindak bijak dengan memberikan kesungguhan untuk melaksanakan
semua perkara yang dibentangkan itu.
Selain itu Datuk Seri
Najib turut menegaskan manifesto tersebut telah dirangka dengan penuh
teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha yang dilakukan
bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara
ini.
Menerusi laman blognya,
beliau berkata ia bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari
hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan
datang.
"Malah saya sendiri telah
mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan
keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat
tinggal, bangsa dan agama.
"Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya.
Ia berbeza dengan pakatan
pembangkang, pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat tergesa-gesa ketika
membentangkan manifesto mereka tidak lama dahulu.
Ia ekoran kegagalan
mereka memasukkan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi agenda
perjuangan mereka seperti isu royalti minyak, tuntutan Hindraf dan
sebagainya.
Sehingga menyebabkan beberapa pimpinan NGO tersebut melahirkan rasa kesal dan marah atas sikap sambil lewa yang ditunjukkan.
Ketidakpekaan mereka
meneliti satu butir perancangan juga dilihat sebagai satu kelemahan
pembangkang yang hanya ingin mengemis simpati rakyat agar memilih mereka
dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Kesimpulan, kegusaran
pimpinan pakatan pembangkang dengan menyerang manifesto BN adalah
merupakan satu bukti jelas bahawa majoriti rakyat menyambut baik semua
perkara yang dibentangkan.
Ditambah dengan rekod
buruk mereka sebelum ini yang gagal melaksanakan semua perkara yang
dijanjikan di dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ kecemerlangan Datuk Seri
Najib ini dilihat bakal menjadi mala-petaka buat pakatan pembangkang.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.