6 April 2013

RITA RUDAINI DI TAJA DATUK S?

Posted by bong dom On Sabtu, April 06, 2013 | No comments
Ketika sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga yang mencengkam, dramatis, Rita Rudaini kini dihimpit pula dengan dakwaan dirinya ditaja oleh seseorang berpangkat datuk yang dikenali dengan pangilan datuk ‘S’.
Khabar angin tersebut timbul setelah pelakon ini mengeluarkan produknya yang diberi nama RS Collagen. Banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.
“Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha,” ujarnya.
Jelasnya, buat masa ini beliau sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.
“Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut