4 April 2013

Shah Rukh Khan Disaman 18 Juta Dolar

Posted by Unknown On Khamis, April 04, 2013 | No comments
Pelakon dan pengarah terkenal India, Manoj Kumar memfailkan saman bernilai berjuta dollar terhadap bintang Bollywood, Shah Rukh Khan kerana menayangkan filem popular 2007 di Jepun tanpa memotong adegan yang menjadikannya bahan jenaka. 
Kumar menuntut satu bilion rupee (AS$18.5 juta) sebagai ganti rugi daripada Shah Rukh Khan dan Eros International, pengeluar filem "Om Shanti Om." Saman itu difailkan Selasa lalu di mahkamah di pinggir bandar Mumbai, menurut media India. 

Kumar mengambil tindakan mahkamah apabila filem berkenaan ditayangkan pada 2007, kerana membantah adegan membabitkan beliau itu.
Pada 2008, Mahkamah Mumbai mengarahkan adegan berkenaan dibuang dalam mana-mana tayangan selepas itu dan menuntut Shah Rukh Khan memohon maaf kepada beliau. 
Kumar berkata, filem itu ditayangkan di Jepun baru-baru ini tanpa memotong adegan yang sama. "Saya sudah memaafkan mereka sebelum ini, tetapi tidak kali ini. Mereka tidak menghormati saya,” kata Kumar. 

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut