3 April 2013

Adun-adun PAS sememangnya sinonim dengan berzina dengan isteri orang, rampas isteri orang cuma kita dikejutkan pula dengan yang terbaru iaitu kawin sendiket. Malaysia telah digegarkan pada tahun 2010 apabila seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Tiga tahun telah berlalu namun timbul persoalan mengapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ? Sebenarnya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun Melor telah diselesaikan luar mahkamah. Wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Nik Aziz yang memang terkenal dengan segala dosa Adun PAS adalah boleh diampunkan oleh beliau telah menganugerahkan kawasan balak kepada adun Melor yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Rupa-rupanya PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 – Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 – Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 – Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - malaysia insider 29 sept 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut