4 April 2013


Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya. “Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini. Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia. Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu. Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu). Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan. Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut