Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) melancarkan kutipan tandatangan rakyat Malaysia bagi merubah pimpinan pentadbiran negara.
Di atas kain putih, Tolak mensasarkan tandatangan sepanjang satu kilometer dan kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara.
Pelancaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo jam 12 tengahari semalam berjaya menarik perhatian orang ramai menurunkan tandatangan.
Lebih 26 NGO lain bersama Tolak selain sokongan pimpinan utama NGO lain seperti Royalti, Felda dan Lynas.
Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar menyatakan, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandakan paluan gelombang pilihan raya dipalu.
“Tolak bersiap sedia untuk membawa gelombang ini ke seluruh Malaysia agar Umno-BN tidak lagi diberikan mandat pada PRU-13,” katanya.
Tujuh tuntutan tolak adalah:
1- Umno-BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka
2- Umno-BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara.
3- Umno-BN gagal menguruskan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi.
4- Umno-BN campur tangan dalam IPT dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti
5- Umno-BN melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya.
6- Umno-BN menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihan raya.
7- Umno-BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asasi golongan itu
Minggu lalu, Tolak memulakan siri jelajah di sekitar Lembah Klang dan berakhir di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.
Dalam kejadian berkenaan, lima pimpinan Tolak ditahan polis ketika berhimpun.
Perdana Menteri semalam mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberikan laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.