5 April 2013

Wang Lee Hom Nyanyi Lagu P. Ramlee

Posted by Unknown On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
Penyanyi popular Taiwan, Wang Lee Hom telah menghiburkan peminatnya dalam sebuah konsert di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini.
Apa yang lebih mengejutkan ialah Wang Lee Hom, 37, telah membuat kejutan apabila menyanyikan lagu nyanyian seniman agung negara, Tan Sri Datuk Dr P. Ramlee yang berjudul Getaran Jiwa sambil diringi petikan piano daripada penyanyi antarabangsa itu sendiri.
Ternyata usaha yang ditunjukkan Wang Lee Hom itu membuatkan peminat berasa teruja dengan kesungguhannya memikat hati peminat tempatannya.
Malah penyanyi yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu juga sempat berduet dengan penyanyi undangannya, Najwa Latif dengan menyanyikan lagu yang sama buat kali kedua.
Jom layan dulu video nyanyian ‘superb’ penyanyi ini!

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut