5 April 2013

Yasmin Hani Trauma Diragut Kali Kedua

Posted by bong dom On Jumaat, April 05, 2013 | No comments
Memang bahaya memandu kereta di Malaysia ini terutamanya bagi kaum wanita. Lebih-lebih lagi apabila ada kaum wanita yang meletakkan beg tangan mereka di atas tempat duduk penumpang. Itu memang mengundang padah namanya.
yasmin hani diragut
1 April yang lepas, Yasmin Hani telah diragut buat kali kedua ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Kejadian tersebut berlaku di Persiaran Surian di Sunway kira-kira jam 9.45 pagi. Nasib baiklah cermin kereta Yasmin Hani di”tinted”. Jadi cermin tersebut tidak terus pecah apabila diketuk oleh peragut penunggang motosikal jahanam itu.
yasmin hani
Kata Yasmin Hani kepada Harian Metro hari ini:-
Saya masih trauma dengan apa yang berlaku. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan nasib baik saya sempat menyelamatkan beg tangan saya. Ini pengalaman kedua saya diragut. Dulu, saya diragut ketika melintas jalan, tetapi kali ini saya sempat menarik beg tangan saya yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu.
Abang Nara sentiasa berpesan kepada wife kalau memandu pastikan beg tangan diletakkan di tempat yang tidak boleh dilihat. Kita kena sentiasa berhati-hati. Malaysia sekarang terlalu banyak jenayah dan boleh berlaku kepada sesiapa di mana-mana sahaja. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Google+ Followers

Pengikut