
Pada 25 Mac lalu, pelakon dan model
terkenal, Yatt Hamzah telah terbang ke bumi Gaza bersama suami dan anak
tersayang bagi menjalani misi kemanusiaan di negara tersebut.
Menerusi laman Instagram dan Twitter milik pelakon ini, Yatt telah
sempat kongsikan beberapa foto dan aktiviti menarik yang dilakukannya
sepanjang berada di Gaza untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di
Malaysia.
Menurut Yatt, sepanjang berada di bumi sejarah tersebut, dirinya telah
berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke beberapa tempat menarik
antaranya adalah mengunjungi makam Imam As-Syafi'e, mendaki Gunung
Sinai, serta menziarahi Jabal Musa.

Nampaknya sepanjang berada di bumi Gaza, pelakon ini tidak henti-henti
memanjatkan rasa syukurnya dengan segala kebesaran Allah dan aktres ini
juga telah melahirkan rasa sebak apabila diberi peluang untuk melihat
sendiri peninggalan tapak kaki Rasulullah sewaktu menziarahi Makam Imam
As-Syafie.
Bagi semua peminat Yatt, jom lihat beberapa foto kenangan manis pelakon wanita ini bersama suami dan cahaya mata tercintanya
Sumber: Oh Bulan blog

Ps: bukan nak mempolitikkan story ya. Tapi pu3 tabik dengan keberanian
artis ini. Jika dibandingkan seorang bernama Arbaiyah. Bagai nak rak
mencanang pencinta Islam. Walhal hanya lakonan busuknya yang nak naik
glamour dalam politik semata. Keegoaan yang tegar memaksanya nak
tonjolkan diri di kalangan artis konon ada kredibiliti pemimpin...
kononnyalah tu. PERASAN JE BANYAK!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.