BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk
memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam
Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini,
semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan
berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati
mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu
Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil
masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara
bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.
“Pasangan terbabit berasal dari daerah
ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam
proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya
sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.
“Operasi yang dilakukan ini bertujuan
membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak
muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Operasi seperti ini akan dilakukan
lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet
dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya. – Sinar Harian Online
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.