Sebagai seorang selebriti, adalah
menjadi lumrah biasa apabila segala perbuatan dan kelakuan mereka
menjadi tatapan serta perhatian umum.
Pelakon yang sering kali dikaitkan
dengan video kontroversi Keeknya, Sharifah Sakinah sekali lagi memuat
naik video di mana aktres itu mengkritik pihak yang menegurnya sebelum
ini sebagai ahli syurga.
Adik kepada Sharifah Norhaslinda dan
Sharifah Shahira ini seakan mahu melepaskan geram apabila membalas
kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini secara sinikal.
Nama Sakinah mula terpalit kontroversi
apabila dia memuat naik video mengenai pakaian dalam yang dipakainya
selain video tentang lupa menutup zip seluar yang menjadi perbualan
hangat peminat industri hiburan tempatan.
Sakinah seharusnya mengurangkan aktiviti
memuat naik video yang sensitif kerana tidak mustahil lama-kelamaan
peminat akan mula berasa jelak dengan perbuatannya yang seakan menagih
perhatian atau ‘attention seekers’ ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.