Kalau sesiapa menonton rancangan terbaru
terbitan TV3, Liga Lawak Superstar yang baru memulakan siarannya
semalam pasti anda perasan dengan kata-kata yang diungkapkan oleh
pengacaranya, Adibah Noor.
Adibah Noor dikatakan seakan memerli rancangan terbitan Astro, Super Spontan yang pernah dikelolakannya sebelum ini.
Antaranya Adibah menyebut, “saya
pengacara kat sini, sebab tu saya tiada di rancangan satu lagi. Untuk
menyaksikan Liga Lawak Superstar, free saja.. tak perlu bayar apa-apa,”
katanya dalam nada bergurau.
Mungkin Adibah hanya bergurau kot.. Yela
dia kan memang terkenal dengan ayat-ayat gurauannya sama seperti ketika
sedang mengelolakan konti radio Suria FM.
Pada mulanya, penulis pun musykil kenapa
nama Adibah tidak disenaraikan sebagai pengacara Super Spontan bagi
musim kedua sebaliknya tugasan itu telah beralih arah kepada penyampai
radio Era iaitu Ray dan Haniff.
Mungkin sudah tertulis rezeki Adibah
bersama Media Prima walaupun namanya digugurkan daripada rancangan Super
Spontan sebelum ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.