Pelakon kecil molek Sharifah Amani memang dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara di laman sosialnya.
Terbaru, Amani mempersoalkan tindakan
pihak berpengaruh dalam bidang perfileman yang dikatakan pilih kasih
terhadap filem arahannya berbanding filem daripada pengarah lain.
Amani menulis di laman Twitternya, “filem gua ada darah sikit dapat PG18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13″.
Walaupun tidak jelas kepada siapa
ditujukan perkara tersebut, namun Syamsul Yusof yang merasakan tweet
tersebut mengenai dirinya terus menaikkan status, “anak Fatimah
Abu Bakar ni tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya
dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadap bila bicara. Jangan lupa budi
bicara”.
Amani kemudian menjawab kenyataan
Syamsul yang dia tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul sebaliknya
ianya bukan bersifat peribadi.
Sebaliknya aktres itu sebenarnya lebih terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dalam arena perfileman tanah air.
Amani pun sudah meminta maaf kepada
Syamsul sekiranya palakon dan pengarah tersohor itu tersinggung dengan
kata-katanya sebelum ini.
Mungkin jika ada apa-apa perkara
berbangkit yang ingin dipersoalkan, sewajarnya tidak dibincangkan
melalui laman sosial, sebaliknya ambillah langkah dengan berjumpa di
antara satu sama lain.
Takde la sebarang spekulasi yang akan
timbul, ini tidak saling berbalas di laman sosial, akhirnya tidak
membuahkan sebarang hasil pun.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.