Bolehkah
gaya fesyen ala berkemban ini dapat menarik penonton untuk ke pawagam
??? Sejauh mana gaya seksi salah seorang pelakon dalam filem Kayangan
ini dapat melariskan filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini ???
Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi,pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik masyarakat.Membawa gelaran publis figure,seseorang artis itu seharusnya meletakkan batu asas untuk tahu bagaimana untuk tampil di khalayak agar menjadi contoh dan model. Namun, apa yang saya nampak,sebaliknya berlaku.Artis kita kian berani untuk tampil dengan pakaian yang menjolok mata.Inikah yang dikatakan Ikon Malaysia ??? Inikah budaya yang dibawa oleh orang Malaysia ??? Berpakaian seksi,itukah budaya kita ??? Apabila menjadi milik masyarakat, segala gerak laku dan tindak tanduk artis itu akan menjadi tumpuan dan bualan orang.Artis kita kini kian berani.

Mmm… seksi giler !!!
Pemakaian
artis yang begitu seksi menjadi topik dan isu yang utama
diperbincangkan sehingga menjadi isu hangat dalam Dewan
Rakyat.Namun,sejauh mana perbincangan itu dapat mengubah pendirian artis
yang begitu berkeras juga untuk tampil seksi ???
Dulu,gambar Deja Moss yang berpakaian seksi dengan gaun singkat di pentas show private mengundang kontroversi.Datuk Siti Nurhaliza juga terkena tempias dengan isu ini kerana sebilangan peminat tidak selesa dengan penampilan Siti yang berubah semenjak berkahwin dengan Datuk K. Ada yang kata,Siti berubah kerana mengikut kata Datuk K.Ada yang kata Siti pakai sedikit seksi sebab dia sudah bebas daripada jagaan ibu bapanya.Macam-macam lagilah.
Kemudian,isu Jaclyn Victor yang suka berpakaian seperti berkemban.Mmm…ya ramai yang cakap,Jaclyn tak pelah nak pakai macam tu sebab dia bukan beragama Islam. Ini Dayang Nurfaizah yang begitu menjolok mata dengan skirt yang pendek.Katanya,ada makcik-makcik yang duduk di rumah bersama anak-anak malu dengan imej Dayang yang sebegitu.
Akhbar sisipan Berita Harian,Bintang Popular dalam ruangan kolumnis komposer terkenal,Ramli MS pernah membicarakan isu artis berpakaian seksi.Mengikut bekas pengetua Akademi Fantasia itu, di Malaysia,artis berpakaian seksi tidaklah keterlaluan sangat. Beliau yang bersifat neutral dan memandang secara positif tentang isu ini memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Suka saya memetik,antara kata Ramli MS:
Perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar, ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti ingin kelihatan cantik apabila berpakaian. Kalau pelakon itu membawakan watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?
Berbalik kepada cerita Jaclyn.Kalau kita melihat zaman dulu-dulu,siapa yang tak pernah berkemban.Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter.Tapi,itu hanyalah di dalam filem.Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini,kenapa tidak dipersoalkan ??? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban,mungkin anda cakap dia buang tabiat !!! Kita tidak boleh melihat semua artis secara total.Kalau individu seperti Jaclyn,dia bangsa bukan Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.
Bangsa yang lain pun ada budaya mereka sendiri.Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn,memakai pakaian yang lebih sopan.Saya tak rasa Jaclyn seorang yang keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit.Bagi saya,apabila Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.opsss..
Gambar Nurul yang dulu pernah meletop dengan gaya persis seorang model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur agak panas juga.Gaun off shoulder digayakan oleh Nurul ini rekaan Calvin Thoo. Seksi dengan kurus cekeding langsing tetap anggun.Mungkin sebab itu, Nurul tidak berani untuk memakainya untuk persembahan pentas nyanyian.Cukup sekadar di pentas peragaan sahaja.

0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.