19 Oktober 2013

Posted by Unknown On Sabtu, Oktober 19, 2013 | No comments

Bangi: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menyangkal laporan portal berita FMT kelmarin berjudul “Keluar dari Malaysia: pelawaan Isma disambut baik”.

Menurut Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar), FMT memutarbelit kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang mereka perjuangkan.

“Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dalam kenyataan sebelum ini.

“Bahkan saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung.

“Jadi saya fikir ini adalah agenda dan strategi mereka. Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk kepentingan mereka,” jelasnya.

Pada 14 Oktober lalu, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Tambahnya, sebagai warganegara, mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini. “Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada Raja dan negara,” katanya.

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedaulatan agama itu,” katanya lagi. Kenyataan beliau supaya orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain mendapat reaksi dari rakyat Sabah dan

Sarawak yang disiarkan dalam FMT. Mereka bersetuju supaya Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Malaysia dan bukannya mereka berhijrah ke negara lain.

Oleh itu tidak timbul FMT memutarbelitkan kenyataan Abdullah kerana memang benar beliau suruh orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain kalau sudah tidak boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedauatan agama itu.

Malah FMT tidak pernah menulis bahawa ISMA menyeru supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Malaysia.

Untuk berlaku adil, FMT menyiarkan kenyataan penuh ISMA di bawah ini untuk membuktikan sama ada FMT memutarbelit kenyataannya atau tidak. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut