Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.
Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’
yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan
hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut.
Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan
sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak
gambar mereka telah digunakan di sini.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek
melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita
beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman
ini dengan kandungannya yang berbaur seksual. -REM RAMZI
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.