
Dalam keadaan terdesak dan dihimpit
dengan pelbagai masalah, apa sahaja penyelesaian yang dirasakan boleh
memberikan keuntungan pastinya akan dipertimbangkan tidak kira sama ada
perkara itu bermoral atau pun tidak.
Di saat dilanda masalah kewangan yang
teruk, sebuah kelab bola sepak Switzerland, FC Luzern mengambil langkah
menyewa perkhidmatan penari bogel untuk menarik penonton hadir ke
stadium.
Idea tersebut datang daripada pemilik
kelab tersebut iaitu Bernard Alpstaeg yang kemudiannya telah diberi
kelulusan oleh Persekutuan Bola Sepak Switzerland untuk meneruskan
niatnya itu.
Penari yang diupah itu akan muncul di
tengah stadium dengan hanya mengenakan bikini ketika pemain-pemain
sedang melakukan sesi ‘warm up’ sebelum perlawanan dimulakan.
“Saya ingin sebuah persembahan sebelum
perlawanan, saya ingin penari seksi menghibur penyokong sebelum
perlawanan dimulakan. Stadium akan penuh, saya jamin akan perkara itu,”
kata Alpstaeg.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.