21 Oktober 2013

Kembang tekak Najib dengar kenyataan Mukhriz

Posted by Unknown On Isnin, Oktober 21, 2013 | No comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibjpOMCcY3HAjAcf3-sQyIu78FjgDQqC0A6ZXfx3-THSyzy8QxLIgrdKmvkjjfNqhUQ-RrIs0MwzqNHRJJIQVM-AAUEgXiqwvvHU-iyCtQtDmu-4VeKWqSEkz9NopUD5jTFcF5-dI5EnSb/s320/Mukhriz+bakal+porak+perandakan+BN+Kedah+kata+Ustaz+Azizan.gifCalon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir secara berterus terang memberitahu mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan BN.
Kenyataan anak bekas Perdana Menteri merangkap bekas Presiden Umno paling lama itu boleh membawa dua maksud. Pertama, kalau dia tidak bertanding dan menang sebagai Naib Presiden Umno maka tidak merasalah Mukhriz akan jawatan tersebut kerana selepas ini besar kemungkinan Umno akan kalah PRU. Apabila Umno kalah di Pusat, maka empayar Umno seluruh negara akan runtuh secara berantaian persis runtuhnya empayar komunis Soviet di zaman kejatuhan Mikhail Gorvachev.
Menjelang PRU14, Umno sekurang-kurangnya mempunyai sekali lagi pemilihan. Pada masa itu Mukhriz akan bertanding sama ada Timbalan atau Presiden Umno. Maknanya sempatlah dia merasa akan jawatan tertinggi parti itu, sekalipun kemenangannya dalam parti itu tidak membawa apa-apa serti kerana Umno kalah PRU.

Kedua, kenyataan Mukhriz boleh membawa maksud, hanya dia selaku anak Tun Dr. Mahathir yang paling layak memimpin Umno. Orang lain semua tidak layak belaka. Cuba kita teliti betul-betul kenyataan berikut:
"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?
"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata Mukhriz.
Bukankah ia bermaksud, jika dirinya tidak bertanding, menang dan berada di hairaki tertinggi parti maka masadepan Umno akan buruk? Rasanya sebilangan besar pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Najib akan kembang tekak dengan kenyataan Mukhriz. Hebat sangatkah Mukhriz sehingga seolah-olah mahu muncul sebagai penyelamat kepada Umno setelaha para pemimpin Umno yang lain tidak boleh diharap untuk mempertahankan kerajaan Pusat dalam PRU14 nanti?
Semua orang tahu bahawa cara berfikir Mukhriz adalah salinan daripada cara berfikir bapanya. Menganggap orang lain dalam Umno sebagai bodoh bukan sikap terbaru Tun Mahathir. Pada Mac 2012 Tun telah menggemparkan negara apabila menganggap Umno sebagi ketandusan pemimpin cerdik.
Tun berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS,'' kata Mahathir yang betul-betul telah merendahkan taraf Umno.
Mantan Perdana Menteri itu sekali lagi mengulangi label bodoh untuk sebahagian orang Melayu melalui kenyataan, "Semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah."
Dalam satu temuramah khas antara Tun Mahathir dan Mingguan Malaysia (lidah rasmi Umno) Dr Mahathir mengatakan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.
Melayu manakah yang dianggap bodoh oleh Tun Mahathir kerana memberi pengiktirafan secara retrospektif kepada lebih 70 kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan sejak dari pertengahan 1990-an di pelbagai kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di seluruh negara. Teruja sungguh Tun Mahathir dengan ungkapan 'bodoh'.
Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh” betul-betul dapat mentafsirkan kenyataan anaknya Mukhriz bahawa pemimpin yang ada dalam Umno adalah bodoh dan mengancam nyawa Umno justeru mesti digantikan dengan dirinya!
Sudah menjadi rahsia umum bahawa Najib mahukan tiga jawatan Naib Presiden dikekalkan untuk penyandang sedia ada. Hal tersebut dikatakan telah disampaikan dari hati ke hati dalam pertemuan beliau dengan Mukhriz. Najib mempunyai sebab untuk mengambil sikap demikian tetapi ada pihak yang menganggap ia berpunca dari ketakutan Najib dengan kemaraan Mukhriz, lantas cuba menyekat kemaraan itu.
"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," ulas Tun Mahathir tiba-tiba. Kepada siapa kenyataan itu ditujukan? Ramai yang sudah mendapat jawapannya.
Apabila Mukhriz pula muncul dengan tahap 'keperasanan' yang tinggi bahawa hanya dirinya mampu menyelamatkan Umno dari kehancuran, maka tercetuslah sebuah jurang yang sangat dalam. Maka hakikatnya Umno benar-benar di ambang kehancuran.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut