Akhirnya kontroversi yang melanda pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terjawab sudah.
Kisah berhubung kontroversi mereka
menjadi perbualan apabila akhbar sisipan mingguan Bipop berjaya
membongkar perkahwinan Aeril dan Wawa menerusi penyiasatan penuh ala-ala
Crime Scene Investigation (CSI).
Hari ini mereka tampil memberikan kenyataan mengakui sudah bernikah sebanyak dua kali.
Pertama kali, mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu tanpa menghebohkannya kepada pihak media.
Kemudiannya, buat kali kedua, mereka bernikah semula pada 4 Februari tahun ini tanpa diketahui apa sebab musababnya.
Pada ketika itu mereka hanya bernikah
tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu
berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan
khas dari Sabah.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami
bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya
yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya memetik laporan
mStar Online.
Sementara itu, menerusi portal Ohbulan,
Aeril menjelaskan, “Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan
dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak
mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan”.
“Namun begitu, setelah Wawa memberitahu
saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil
keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di
Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang
negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan
tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak
anak saya lahir nanti dia ber-bin kan dengan nama saya dan bukannya
ber-bin kan Abdullah.
“Mungkin orang beranggapan kami
terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi
agama dan Allah,” ulasnya lagi.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah
dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad
Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini, Aeril bermati-matian
menafikan dirinya berkahwin dengan Wawa dan kehilangan Wawa juga diragui
oleh pihak syarikat pengurusannya, MIG yang ditunjanginya oleh Mejar
David Teo.
Wawa dikatakan menghilangkan diri
daripada dunia hiburan pada April lalu dan Aeril menyatakan ‘teman tapi
mesranya’ itu sedang berubat penyakit misteri di kampung halaman aktres
itu yang terletak di Lahad Datu, Sabah.
Mereka berdua dikatakan mula rapat
selepas membintangi drama bersiri Klik dan sekali lagi digandingkan
bersama menerusi filem 99 Kali Rindu terbitan MIG.
Nama anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin
Attar juga tidak asing dalam diri Aeril apabila nama itu merupakan nama
wataknya menerusi filem bergenre Islamik itu.
Sebelum ini, artis-artis di bawah
syarikat pengurusan MIG dikatakan tidak boleh bercinta kerana terikat
dengan kontrak serta syarat yang sudah termaktub dalam polisi syarikat
tersebut.
Persoalannya kini, adakah Aeril dan Wawa
merahsiakan perkahwinan mereka kerana ‘takut’ dengan syarat David Teo
ataupun sememangnya mereka sudah ‘ehem ehem’ sebelum itu lantas
menggunakan alasan dua kali bernikah untuk mengaburi mata masyarakat di
luar sana?
Wallahualam.. Hanya Aeril dan Wawa yang mengetahui jawapannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.