PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi
Maizurah Hamzah tidak pernah melupakan bidang seni walaupun dia jarang
dilihat muncul di mana-mana drama ataupun program televisyen.
Maizurah, 40, berkata, dia kini sedang
memberikan tumpuan terhadap bidang penulisan yang mengkhususkan kepada
buku pendidikan agama untuk kanak-kanak.
“Rindu juga hendak kembali menyanyi dan
berlakon tetapi buat masa ini saya lebih selesa bergelar penulis buku
dan minat itu telah lama saya pendamkan sejak 10 tahun lalu.
“Buku yang saya tulis lebih berbentuk
pendidikan untuk kanak-kanak dari umur empat hingga 14 tahun tentang
pemahaman hubungan dengan Allah dan Rasulullah dalam kehidupan
seharian,” katanya kepada mStar Online.
Maizurah memberitahu dia juga sudah melancarkan buku pertamanya bertajuk Super Zickr untuk kanak-kanak di dalam bahasa Inggeris.
Dalam perkembangan sama, Maizurah
walaupun tidak aktif sebagai pelakon dan penyanyi namun itu bukan
bermakna bidang hiburan telah dilupakan sebaliknya dia tetap mencari
keseimbangan antara pendidikan dan hiburan.
Katanya, dua bidang tersebut mempunyai banyak hubung kait dan hiburan diperlukan dalam menggalakkan kanak-kanak minat membaca.
“Anak saya penggemar komik superhero dan
saya terfikir mengapa elemen itu tidak diterapkan dalam konsep Islam
seperti ucapan Bismillah dan zikir yang sudah tentu mempunyai kuasa
lebih hebat berbanding superhero barat.
“Pendekatan itu juga yang saya gunakan
untuk buku pertama kerana ingin memberi kanak-kanak di negara ini sebuah
buku yang bercirikan Islam dan mesej baik selain ia dapat menari
perhatian mereka,” katanya.
Selain menulis dia kini sibuk
menguruskan keluarga dan empat anak-anaknya iaitu Zikri Adib Kurnia, 16,
Nadira Azra Kurnia, 11, Izz Ilham Kurnia, 6 dan Maira Zahra Kurnia, 3
tahun.
Pelakon yang terkenal dengan filem Jimi
Asmara ini berkata, dia berpuas dapat menguruskan sendiri rumah
tangganya dan mereka adalah keutamaannya hari ini.
Dalam perkembangan lain, Maizurah bakal
terlibat dalam Festival Kanak-Kanak Islam Malaysia (MICF) pada November
depan yang bertujuan untuk memberi penekanan terhadap pendidikan Islam
kepada golongan berkenaan
0 comments:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.