15 Oktober 2013

Mariah Carey & Nick Cannon Bakal Bercerai?

Posted by Unknown On Selasa, Oktober 15, 2013 | No comments
Perceraian di kalangan selebriti Hollywood sememangnya sudah menjadi perkara biasa ditatap di dada akhbar. Justeru, tidak mengejutkan apabila pasangan Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon pula yang dijangka bakal mengakhiri perkahwinan mereka sedikit masa lagi. Khabarnya, mereka kini sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan Mariah juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya. Menurut sumber, Nick dikatakan menegur sikap isterinya yang suka menghabiskan masa di luar selain bersikap mengongkong. Punca lain yang turut disebut ialah perasaan rindu Mariah pada bekas suaminya, Tommy Mottola masih menebal sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Nick. Hai, tak tahulah sama ada perkara ini benar-benar akan berlaku atau tidak. Apapun, kita tunggu pengesahan dari mulut pasangan ini sendiri nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut